Pelangi Hijau

..someone who is passionate in food and travel..
..pelangiHijau dan MyJeonghyang..
..25 july 2015..

Monday 7 December 2015

Aq juga ingin pergi


November terlalu berbaik hati dengan aq..sehingga aq menjadi rindu kepadanya..

Dan ketika hadirnya disember..aq masih mengharapkan november bertahan lebih lama..

Disember..
Satu aktiviti pon tak menjadi..terasa sgt badan bagai lemah..huhu..

Satu demi satu jemputan aq tolak demi menjaga kelangsungan hidup..

Aq benar memberontak mahu pergi..tetapi mana mungkin aq akan memaksa dia!

Rindu gunung tahap belalang dewa

Rindu gunung ini..kadang kala tak kuat aq nk tahan..

Nak menggunung sgt2..dah 2 kali hujung minggu aq refuse tuk ikut..

Broga dan tokwan..datuk..
Alahai lah hati kenapa kau tak cukup kuat..

Kalau tak, mesti dah bertambah2 list gunung aq..kan? Hahhahahaha..

Kalau tak der aral melintang..hujung minggu ni nak tapau 3 puncak kat kedah..

Tapi nampak gaya mmg tak der rezeki..
Menangis jer lah kat bucu katil..

Kalau tak dapat g jugak kali ni..aq gantung kasut jer lah pas ni..

Barang yang ada g sedekah jer lah kat sapa2 yang sudi..kan?

Monday 30 November 2015

Beli barang dapur lagi?

Semalam pergi beli barang dapur lagi..huhu..

Habis juga seratus..haihhhh!!!

Jangan lah bawak g pasaraya..plsss..


Hahahhaha..
Macam sama jer situasi ni..

Adoiii, kenapa lah kita ni?

Sampai tak sanggup nak buka peti ais bila tengok betapa padatnya makanan dalam tu..

Semoga aq terus kuat

Semoga aq tidak terus berdendam..

Semoga aq ada kekuatan untuk melupakan..

Semoga aq selalu kuat untuk memberi maaf..

Semoga aq akan tersenyum apabila berdepan dengan mereka..

Semoga aq terus kuat..

Ketam lemak kuning

Masak ketam!!!

Hahahha..
Tak suka makan ketam..susah!!
Kena kopek bagai..

Tapi nasib baik ada yang sudi tolong kopekkan hehehehhe..

Mekasih syg..


Marah? Diam!!!

Ini lebih baik..
Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Maka, kalau aq marah..tolong jgn tanya..
Sebab mulut aq mmg jilakee..

Insurans cover baik punya..
Tu yang selalu cakap lepas jer..huhu..

Kau pilih kau jadi apa

Hidup ni selalu nya indah..
Penuh warna warni..

Gelak tawa yang terpecah derainya..
Sedih duka yang bercucuran air mata..

Yang sering buat aq naik turun dalam harungi hidup ni..


Terkadang..
Aq juga bingung dengan perangai sendiri..

Cumanya aq selesa menjadi bengong seperti selalu..

Menjadi poyo bak kata kawan yang sengal itu..poyo yang kiut..hahahaha..

Alhamdulillah, aq mampu hidup dengan bahagia..
Walau dalam seminggu mendung suka menjenguk 3 4 hari..hehehehe

Kawan-kawan yang baik itu

Ya Allah..
Aq rindu kawan-kawan aq..yang selama ni mereka lah tempat aq berkongsi segala rasa aq selama ni..

Kawan-kawan yang selama ni memberi semangat dan dorongan untuk aq terus maju ke depan..

Kawan-kawan yang selalu menjaga rahsia kami dengan baik..menjaga aib aq seperti mana mereka menjaga aib mereka sendiri..

Sungguh aq menyayangi kawan-kawan aq..
Rindu nya hanya Kau yang faham..


Sunday 29 November 2015

Mimpi lagi..

Malam..
Tidur lena..

Hingga ke sepertiga malam..
Ketika kau datang menjengah..

Mak,
Aq rindu kan kau..
Kau buat aq sedih pagi ini..

Sungguh..

Tetapi khabar yang kau bawa..
Buat aq semakin rindu kan kau..

Mak,
Aq rindu!!

Aq kalah dengan maggi?

Petang2 lapar..
Dia masak maggi..perghhhh!!!

Sedih!
Nampak sangat aq masak tak sedap..
Sentap bhai..makcik sentap..

Tak per lah..
Layan lontong sambil nangis..huhu..


Kehilangan kau, jangan!

Aq takut kehilangan kau..
Takut sangat..

Tapi hari ini..
Sedikit demi sedikit sebenarnya aq dah kehilangan kau..

Tak sangka..
Aq yang salah..
Salah menilai diri sendiri..hingga terlalu yakin mampu memiliki kau sepenuhnya..

Tak per..aq paham..
Kalau ini bukan jodoh aq..
Aq paham..

Tidur lah siang nanti malam tak boleh tidur

Tidur..

Aq tak suka tidur siang..
Gila tak suka..penat macam mana pon aq takkan tidur siang..

Tapi kalau tidur jugak..
Pasti ada sesuatu yang terjadi..

Yang kau lupa untuk bertanya..

Kerja weyyy!!!

Siapa yang berkerja keras..
Berusaha..

Allah pasti nilaikan kerjanya itu sesuai dengan ganjarannya..

Aq yakin itu..
Tak sabar nak tunggu projek januari..

Tak kisah lah macam mana pon projek tu nak jalan nanti..

InsyaAllah pasti ada jalannya..

Aq tak der hal punya..
Biar lah dia nak kembali pada isteri dia..
Itu hak dia..

Dan aq bukan sapa2 dia..

Dan Allah selalu ada..hanya selalu aq yang lupa..

Lontong di hari ahad

Melontong..huhu..

Nasi impit..
Sambal tumis..
Telur rebus..
Kuah lodeh..

Eh, ada bergedil?

Hahahaha..

Tak per lah..esok2 aq buat lah soto pulak..

Huhu..
Nak makan soto..tapi dia minta lontong..

Suka atau benci bukan hak kita


Tak kan ag aq minta dia untuk suka aq..dan tak kan ag aq halang dia untuk benci aq..

Baguslah dah berbaik..

Sekurang-kurangnya..aq mampu merasa lega sekarang..

Tak per lah..hubungan aq dengan mak..
Itu hanya antara kami..

Apabila diaorang dah berbaik..aq harap takkan ada ag tangisan yang sengaja memancing simpati mak ag..

Cukup lah aq seorang yang merasa gagal..

Dan cukup lah hanya aq yang merasa keseorangan..

Saturday 28 November 2015

Percaya itu kita khianati

Kepercayaan itu suatu yang mustahil untuk kita dapatkan semula..andai kata terlanjur suka berbohong..

Semakin banyak kita sorok kan..andai kita sendiri tidak mampu jujur pada diri sendiri..
Hakikatnya kita juga tidak mampu..

Kadang kala kita perlukan seseorang untuk bercerita..
Tetapi sering saja tempat kita meluah rasa itu adalah orang yang sering kita khianati..

Adakah mungkin untuk kita..
Memberi kepercayaan..

Sedangkan kita tak mampu untuk percaya diri kita sendiri..

Mata..tidurlah

Tidur petang..

Aq tak nak tapi tak kuat melawan rasa sakit tu..
Sampai tertidur pulas..

Bangun dah dekat pukul 6..
Dah tw malam mesti susah nak tidur..
Huhu..


Dan akhirnya..
Tak tidur jugak sampai ke sudah..
Mata pon tak nak lelap..

Mengantuk pon tidak..
Berpusing habis dah ni..
Penat!

Friday 27 November 2015

Hari sabtu itu stress

Kau tw apa tu stress?

Stress tu..
Apabila kau lapar..padahal belum 2 jam..selepas makan nasi..pastu kau cari nasi ag..

Semua event panjat gunung kau cancel dengan harapan ada org nak temankan kau kat umah..golek2 atas katil..tapi tak der..

Pastu kau memerap atas katil..baca buku yang paling kau suka pon..tak masuk satu apa..

Kau nak ajak org bertekak tp kau takder point..pastu org tu pon malas nak layan kau..

Pastu kau call semua org tak nak angkat..tiba-tiba semua pasang setiausaha..perempuan suara seksi pulak tu..

Kau tengok group pon macam kau tengok gua batu maloi..sunyi sepi..sekali masuk..hambur..terus hilang..

Last sekali kau rasa macam nak tidur..tapi tak boleh tidur sebab sakit tu datang ag..

Ok ini sangat stress bila berlaku di hari sabtu!!


Paham..aq paham

Tiba-tiba hilang mood nak tulis..

Tiba-tiba jer kan?

Tak per lah..aq kena belajar paham..

Cumanya..
Jangan sampai aq tak nak paham apa-apa..


Lebih sakit rasa itu

Setiap hari..
Bangun awal pagi..

Kadang dia hanya bagaikan mimpi..
Kadang dia hanya bagaikan cerita semalam..

Setiap hari..
Ketika dia di sisi..

Tetap terasa bagai sendiri..
Tetap terasa bagai tak dihargai..

Kadang putus cinta itu sakit..

Tapi lebih sakit rasa itu..
Apabila dia tidak mampu buat kau tersenyum..

Lebih sakit rasa itu..
Ketika bersama dia masih memikirkan yang lain..

Lebih sakit rasa itu..
Terngiang di telinga bukan nama kau yang disebutnya..

Aq rela sakit itu meraja di hati..
Andai saja aq bukan ingin kan dia..

Small thing big impact

Sekecil-kecil perkara jugak mampu buat aq berasa hati..

Aq nampak apa dia buat..aq tw ada perkara yang dia sorokkan drpd aq..

Selagi disorok aq cuma boleh kata aq tak perlu tahu hal tu sebab tak penting..

Dan selagi perkara tu tak penting..aq boleh pertikaikan bila aq nak..

Tapi aq bukan siapa2..

Dan tak mungkin aq pertikaikan sebab aq bukan siapa2 dia..

Seksi ke?

Sexy per menda nya..
Kalau dah perangai macam haram..
Ada ag ke yang nak tunggu kau?

Pergi jalan daa..

Dia seorang suami

Dia..
Suami..
Bukan milik aq..

Dia bukan takdirnya untuk aq..

Dia untuk isterinya..

Aq memilih untuk bahagia

Aq bukan org yang terpilih..tapi aq org yang memilih..

Hahahaha..

Aq memilih untuk bahagia..
Terkadang hal yang kecil juga mampu buat aq bahagia..

Hanya hal-hal yang kecil..

Remain silent

Senyap!

Itu lebih baik daripada menyalak tak tentu hala..

Simpan!

Itu lebih baik daripada kau menjaja segalanya..

Pergi!

Jangan biar aq buat kau lebih tambah berduka..

Hanya kerana kau bukan sesiapa aq..takkan aq mampu menghalangnya..

Kebab daging cecah sos cili

Macam sedap jer..
Memey arr!!!

Hahahahah..
Resepi? Tak dok!!

Pakai taram apa yang boleh jer..
Asal jadi ada rasa..boleh kunyah pastu telan kan? 
Taraaaaaaaaaa..

Ini lah hasilnya!

Tidur mmg hobi saya

Tidur lambat bangun awal..
Dah biasa..
Dulu masa masih kerja..hari2 pon macam tu jugak..

Hari2 tidur ikut dan..bangun awal..
Sangat awal..
Kadang terlajak jugak kan?

Perghhhh..
Sekarang tak kerja kan?
Bangun pulak ikut dan..
Nak bangun, bangun..tak nak bangun, sambung tidur lah..

Macam haremm!!!

Tuesday 24 November 2015

Ujian apa ini?

Aq tak kuat..
Tapi aq tak pasti perasaan apa sebenarnya yang melingkari hati ni..

Bagai ada ujian yang berlaku..dan aq tak mampu nak hadap..


Maaf kan aq..
Aq lost..

Perasaan ini kenapa?

Aq tak tw ini apa..
Aq tak tw perasaan ni kenapa..

Aq terasa ada yang tak kena..
Satu demi satu perkara yang aq tak nak tw datang sendiri..

Betul kata org..
Bangkai gajah tak boleh tutup pakai dulang

Apakah?
Hahahhaha..
Tak tw lah..


Cuma nya aq tak tw perkara ni betul ke tak..sebab dia tak jawab apa-apa pon..

Sebenarnya kenapa ni?
Apa yang berlaku..kenapa dia sorokkan..apa yang cuba dia buat sebenarnya..

Aq tak der jawapan untuk tu..

Tak per..berlari lah sejauh mana kau ingin..
Bersembunyilah sedalam mana kau mampu..

Tapi jika kebenaran tu milik aq..
Pasti sampai juga pada aq..

Jangan pertikai kan soal jujur..sebab kau juga tidak mampu melakukan nya..

My own family


Kesayangan mommy..
Mommy tak sabar nak tunggu kalian..

Nanti kita hidup sama2 k..
Luv u both!!

Projek januari

Januari bakal datang lagi..
2015 dah nak sampai ke hujung..
Aq betul-betul nak tutup buku 2015..nak start up hidup baru..

Sekarang ni..fokus nak run projek januari ni dengan seadanya..
Kumpul modal sikit sekarang ni..
Tak pikir dah nak macam mana pon hidup hari ni..

Yang penting sekarang..
Aq nak tinggalkan semua cerita 2015 jauh2..
Tak nak dah layan marah perempuan tu..

Aq cuma nak hidup dengan aman kat sini..
Tu jer..
Plssss..

Kecukupan dalam hidup

DOA AGAR DIBERIKAN KECUKUPAN DALAM HIDUP.. 
(Surah At-Taubah  Ayat 129)

ْ Ø­َسْبِÙŠَ اللَّÙ‡ُ Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ù‡ُÙˆَ ۖ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْتُ ۖ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ رَبُّ الْعَرْØ´ِ الْعَظِيمِ

“cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” {9:129}

Kecukupan dalam hidup

DOA AGAR DIBERIKAN KECUKUPAN DALAM HIDUP.. 
(Surah At-Taubah  Ayat 129)

ْ Ø­َسْبِÙŠَ اللَّÙ‡ُ Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ù‡ُÙˆَ ۖ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْتُ ۖ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ رَبُّ الْعَرْØ´ِ الْعَظِيمِ

“cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” {9:129}

Menjaga solat awal waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. 

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU DZUHUR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. 

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). 

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. 

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK 

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. 

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. 

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. 

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. 

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.wallahualam

Monday 23 November 2015

Waktu makan

Waktu makan yang betul..

Pas ni dah kena start jaga makan..

Untuk jaga stamina..

Untuk badan cukup fits!!

Perghhhh, projek g7, gitu!

Mana ada masalah


Betul kan? Mana ada masalah dalam hidup ni..

Cuma cara kau handle tu jer bagaimana ianya akan selesai..

Tp ok jer..

Sabar..jangan cepat marah..bertabah lah!!

Sabar dan tabah


Semoga sabar dan tabah itu sahabat aq selamanya..

Cara susun beg

Perghhhh..
Sejak2 nak tapau g7 ni..
Semangat lain macam malas dia..
Hahahahha..

Ingatkan makin semangat nak naik gunung..
Rupanya makin malas..hahahahah


Berdasarkan gambar..tiru jer lah!!

Count my blessings


My blessings 

One by one..gone already..

I missed them..

Memories of them..

Lost!!

Hati tak tenang

Hati tak tenang..
Macam-macam perkara datang tiba-tiba..sekaligus pulak tu..

Dengan hutang yang tak berkesudahan..
Bertimpa-timpa..
Satu demi satu..


Sabar kan lah hati ini..
Sabar kan lah akal fikiran ini..

Semoga aq tidak menzalimi diri sendiri..

Bukit saga ampang

Bukit Saga
Tarikh : 14 November 2015


Awal pagi dah bangun..sebelum Subuh lagi dah celik mata..


Luke janji sejurus selepas solat dia sampai..

Alhamdulillah, kami ke Bukit Saga pagi itu..


Saja nak memeriahkan majlis..bawak kawan-kawan Luke naik puncak seterusnya ke air terjun..


Tangga!!!!
Macam biasa..semput tahap dewa cipan..
Pewai yang tak boleh blah..


Hahahha..
View puncak..tiada!
Air terjun? Power!!!


Can't wait for this


Tak sabar kan? Hahahhaha..

Wangi Irdina Syah (wirsya) dan Wafie Adnin Syah (wansya) 

Anak-anak mommy tolong behave ok..sabar tw..nanti kita jumpa k..

Belum pernah jumpa tapi dah rindu kalian..

Luv u both!!

Sunday 22 November 2015

Yue, hang ok ka?

Apabila dia tanya, 

Yue, hang ok ka?

Aq pon jawab lah,

Yue ok ni..ok..

Padahal aq tak ok..biasanya aq tak ok sebab aq marah..aq tak kesah kalau aq sedih..

Atau pun aq tak der apa-apa dlm otak ni..

Tapi kalau aq marah..
Aq mmg takkan ok..marah ni penyebab aq menangis, ketawa, mengamuk, tak boleh tidur..

Sebab aq akan pikir semua perkara yang buat aq marah..

Pikir balik kat mana salah aq sampaikan org buat aq marah tanpa rasa bersalah..

Aq pemarah! Yup...


Alangkah bagusnya kalau ada seseorang yang betul-betul sabar dengan perangai aq..

Yang mampu handle rasa hati aq..

Yang mampu lenyapkan rasa marah aq..

Yang mampu buat aq tersenyum dengan ikhlas di saat aq marah!

Sebab aq tak suka bila perasaan tu datang..

Tapi, bila aq marah..idea nak menulis tu banyak..hahahhaah..biasalah..kan?

Siapa aq sebenarnya


Ini aq ke? 
Atau aq hanya berpura-pura? 

Aq sendiri tak mampu untuk pastikan siapa aq sebenarnya..

Jangan kecam aq..
Aq sedang mencari siapa aq sebenarnya 

Sujud yang terlupakan


Ketika aq bersujud..tolong jangan ganggu kebahagiaan itu..

Aq yang mengalah

Aq adalah kategori org yang mengalah..putus asa..

Memilih untuk berdiam sedangkan aq mampu bersuara..

Memilih terus jatuh sedangkan aq mampu bangkit semula..

Memilih berada di bawah sedangkan sayap masih terletak di tempatnya..

Memilih sakit berterusan sedangkan penawar di depan mata..

Mungkin suatu hati nanti..apabila aq hanya seorang yang tak mampu buat kau gembira..kau akan mula sedar..

Betapa aq telah lama mati sebelum aq ditarik nyawanya..

Fake people real people

Berpura-pura menyintai aq? Atau berpura-pura berkawan dengan aq?

Aq tak kisah sgt semua tu sebenarnya..sebab aq mampu buat cinta tu lebih ikhlas..atau berkawan itu lebih tulus..

Di saat aq akan mencabar diri untuk hadapi ketakutan itu..kau tak ada..

Tapi Allah gantikan aq dengan mereka yang akan terasa lengkap bila aq bersama mereka..

Kau tanya kan aq kenapa aq beriya mahu kau ada di sana..

Sedangkan kau tak pernah bertanya kenapa aq tak boleh sendiri hadapinya..

Ketika kalian hanya berkawan untuk sementara..aq takkan persoalkannya..aq terbiasa..

Dari dahulu tiada yang mampu melayan karenah aq sepenuhnya..

Jangan risau jika kalian tak mampu menjadi kawan aq sepenuh hati..

Garisan bahagia

Happy forever..
Yup, itu doa aq setiap hari..aq tak pernah memilih dengan siapa untuk aq bahagia..situasi mana yang perlu aq bahagia..

Tak pernah..tak pernah aq tetap kan garisan apa itu bahagia..

Selagi aq boleh tersenyum dengan ikhlas..itu bahagia..

Tak perlu cantik, kaya, atau popular untuk bahagia..

Aq cuma perlukan bahagia..Enough for me..