Pelangi Hijau

..someone who is passionate in food and travel..
..pelangiHijau dan MyJeonghyang..
..25 july 2015..

Sunday 23 October 2016

Biskut cornflakes pearl

Belek fb, then terjumpa satu resepi biskut yang mudah..bahan sikit, senang dapat..caranya pon mudah..

Cuba punya cuba..

Taaraaaaa...dah jd..heheheheh..
Yang penting makhluk kecik ni nak makan..
Habis pon tak per..nanti mummy buat ag..


Bahan :
150gm tepung gandum
150gm mentega suhu bilik
75 gm gula kastor
60gm emping jagung
25gm kepingan badam cincang (saya juga walnut..tu jer yang ada dlm laci..hehehe)
1 sudu teh esen vanila

Cara: 
1. Satukan tepung gandum, mentega dan gula kastor dalam bekas adun..

2. Setelah sebati, masukkan emping jagung dan kepingan badam atau walnut tu kan..

3. Masukkan esen vanila dan gaul sebati..

4. Sediakan dulang pembakar. Saya alaskan dengan kertas baking. Panaskan oven 125•c..

5. Sudukan adunan ke dulang pembakar. Bakar selama 20 ke 25 minit..

Biskutnya agak nice lah..tak terlalu rangup, tak terlalu manis. Mmg just nice..

Ayah mmg confirm jeles, sbb tak dpt kan? Hehehehhe..nanti mummy buat kan ag k syg?

Wednesday 27 July 2016

Di mana rasa percaya?

Dia masih pertikai aq online malam td..padahal aq sungguh tak tw apa2..

Sungguh aq tido..tp sampai sekarang dia masih pertikaikan..

Dah tak per lah kalau dah tak percaya..

Dia tak tw agaknya yang aq tgah stress ni..semua menda tak jadi..semua menda aq nak tapi tak boleh nak buat..

Dengan anak2 dia yang nakal aq kena hadap setiap hari..

Aq pendam jer semua..tak mampu nak luah..

Tak per lah kalau dah tak percaya..ok!

Tuesday 26 July 2016

Sepasang kurung nan putih

Berangan punya sepasang kurung nan putih buat majlis pernikahan..

Nak bgtw tapi segan pulak..

Aq juga ingin punya sebuah majlis walau yang hadir hanya 10 org..

Ingin punya sebuah pelamin walau tidak didirikan untuk bersanding..

Ingin juga dinikahi, dikelilingi kawan-kawan rapat..menjadi insan paling istimewa pada hari itu..

Ini kan pernikahan pertama aq..

Tapi mungkin itu bukan yang istimewa buat dia..tak per lah..

Aq sedar diri..
Aq hanya yang kedua..

Saturday 23 July 2016

Pampers penuh..

Belum sehari abg naik kapal..

Subuh, popot kejut..

"..mummy, baju adik basah.."

Mati-mati lah kita fikir pampers umairah penuh dan perlu diganti..

Alahai, kesian tengok basah satu badan..cepat-cepat kejut, harap nya tak mengamuk..

Bukan baju seluar, sekali tak boleh nak buka pampers sebab TERLUPA pakaikan umairah pampers!

Anak dara ni takut sejuk..kena mandi waktu subuh..
*menangis mummy dia! Padahal umairah tak nangis pun..huhu..

Sorry, budak gomok!

"..abg rasa nak cubit-cubit jer perempuan tu.."

Kami menonton musical express di malam sabtu tanpa ayah..

"Mummy, gedik kan perempuan yang menari-nari belakang tu? Abg rasa macam nak cubit-cubit jer.."

Ok fine!
Anak bujang dah bersuara..

"Ntah, mummy pun nyampah. Gedik sgt!"

"Gedik. Abg rasa nak cubit-cubit.."

Tapi muka tersengih-sengih..
Dah kenapa?

Sunday 20 March 2016

Tidak adil untuk aku

Jangan kerana satu hari kau gembira kan aku..
Kau balas dengan 2 hari aku penuh tangis..

Tidak adil untuk aku..

Juga tidak aku untuk terus berduka..
Tanpa kau pujuk galau itu..


Aku tw itu

Kau tw ada sesuatu yang tidak kena..tapi kau tak tw apakah itu..

Kau rasakannya..tapi apakah ia tak jugak mahu menjelma..

Tenang..jangan langgar hak dia..
Selagi kau tak mahu bercerita..aku anggap itu suatu rahsia buat kau..

Ketika banyaknya hal yang kau sorokkan, syg..
Semakin aku hilang rasa percaya..

Pergi lah ke mana juga kau mahu..
Aku tidak mungkin mampu menghalangnya..

Aku..




Kerana kau


Kerana kau 
Oleh : Daiyan Trisha

Di saat ku menjadi pilihan
Kau menjadikan ku yang pertama
Di saat ku dalam kesedihan
Kau menyanyikan lagu irama

Ku mampu tempuhi halangan
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu

Kerana kau berikan ku bahagia
Bila kau menyatakan cintamu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu

Di saat ku memikul bebanan
Kau memberikan ku kekuatan
Oh kehadiranmu hanya satu
Sentiasa menemaniku

Ku mampu tempuhi halangan
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu

Kerana kau berikan ku bahagia
Bila kau menyatakan cintamu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu

Kerana kau berikan ku segalanya
Sabar tanpa ada rasa jemu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu

Dan bersama ku merasa sempurna
Kerana kau berikan ku bahagia
Bila kau menyatakan cintamu
Kerana kau membuatku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu

Kerana kau berikanku segalanya
Sabar tanpa ada rasa jemu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu
(chorus)

Friday 18 March 2016

Perkara paling susah untuk kau buat pada dia yang kau sayang..


1. Kau nak bgtw kau kecik hati atas perkara yang dia tak sengaja lakukan..mungkin jugak dia sengaja tapi malas amik tahu..

2. Nak sembunyikan rasa kecik hati kau tu depan dia..susah giler!! Alih2 air mata mengalir jer..stress!!

3. Paling susah nk lembutkan hati bila dia pujuk..adoiiiyyaaaiii!! Janggal sangat bila tiba-tiba dia pujuk..tak reti nak bg tindak balas macam mana..

4. Bila kau dah lembut hati sikit..dia pulak merajuk, menangis tiba-tiba..alasan kau buat dia kecik hati sbb merajuk td..

Jap, aq ke yang salah?

Thursday 4 February 2016

Kalau aq balik semula ke dia

"..Klu abg balik semula pada dia sekali pun,rasanya dah x sama mcm sebelum nya.."

Ok, aq tak suka ayat ni..

Tak suka!!!!

Sbb kau masih ada niat tuk balik ke dia..
Ok, terima kasih..

Tuesday 12 January 2016

Kerana kau tak percaya aku

Sungguh!!
Dia tak percaya aq..

Dia tak percaya aq sayang kan dia sehingga soalan tu yang ditanya berulang kali..
Sedangkan dia tahu aq tak menyenangi soalan tu..
Bukan aq tak pernah tegur..bukan aq tak pernah bgtw..
Tapi dia buat jugak..bagus lah..

Kalau dah tak percaya aq..tak percaya apa yang aq bgtw..
Ok lah..

Aq tak nak bercinta dengan lelaki yang tak percaya kan aq..

Sungguh aq kecik hati..

Tp mana mungkin dia peduli..
Sedih!
Bawak diri..


Saturday 2 January 2016

Mana bulan mana bintang

Travel lagi? 
Bila? 
Ke mana?
Dengan siapa?
Banyak sgt soalan kau tu..apa pon tak boleh..


Target tahun ni adalah Bali, Kota Kinabalu atau Pulau Tioman..

Best ke? Harapnya best lah..

Calling for my travel buddies!! 
Yee haaaaaa!!!

Ke mana kita? Ke bulan atau ke bintang?

Hello weekend

Hari ni, abg balik sana..
Tinggal lah aq seorang diri melayan karenah diri sendiri..
Hahahhaa..
Kesian kan?

Apa pon tak boleh..
Hujung minggu tanpa sesiapa di sisi..
Sangat2 lah kesian..
Huhu


Apa boleh buat..
Tanggungjawab bhai!
Yang kat sana tu amanah untuk dia..
Yang kat sini belum tentu jd hak milik..
Kan? Kan?

Tak der hal lah..
Sekejap jer nangis..as long we keep in touch..message calling..tak der hal kan?

Dok pikir sat nak g topup ke dia ni..huhu..

Hello weekend!!
Esok ahad penuh kerinduan..hahhaha..
Tidur sorang2..padan muka!

Tahun baru 2016

Masih bercerita pasal tahun baru? Sambutan macam mana..azam baru apa..so on..so on..and so on..huhu

Aq belum draf apa-apa untuk tahun ni..
Satu-satu lah..
Hargai hidup sebolehnya..


Tahun lepas..
Sangat banyak hal-hal yang mengecewakan..
Melibatkan hal yang besar..

Hilang keluarga..hilang kerja..hilang pendapatan..hilang kawan..hilang boyfriend..hilang sahabat..hilang kakak..hilang semangat..hilang kepercayaan..malah segala-galanya..

Tapi Allah ganti dengan kawan-kawan yang sgt kuat bonding nya..kekasih yang sangat kuat kasih sayang nya..
Kekuatan dan semangat yang tiada taranya..

Allah letak peringatan di setiap tindak tanduk..hanya sahaja aq masih lalai dan malas..

Allah pulangkan ingatan, di mana aq pernah terlupa akan letaknya lantai untuk aq bersujud..

Allah bangkitkan rasa maaf dan lembutkan hati yang selalu leka dengan dunia ni..

Hanya sahaja aq yang terlalu mengikut nafsu..


Aq takut kalau aq terlupa lagi..plss..
Kejutkan aq kalau aq tertidur tak sedar diri lagi..

Target 2016

Hari ni.. 02 jan 2016
Dah tukar tahun..tapi aq masih tak bertukar..berada di takuk lama lagi..
Aq pon masih tak paham apa yang aq nak..


Dalam otak ni..macam2 aq dok pikir..
Paling utama..DUIT.. 
Untuk teruskan hidup..

Cari kerja? Ok jom kita g kerja..penat dah stay umah..
Pastu hujung minggu kita rabat gunung sampai pewai..

Sambil2 cari idea nak buat bisnes apa..
Pastu pikir pulak macam mana nak dptkan transport..untuk gerak dari point A ke point B..

Pastu, baru pikir hal2 lain..
Hidup aq dah penat dengan kucar kacir..dah tua dah ni..but i have nothing!
Lalaalalalalaa