Pelangi Hijau

..someone who is passionate in food and travel..
..pelangiHijau dan MyJeonghyang..
..25 july 2015..

Wednesday 27 September 2017

Sufi tinggal rumah jaga mummy, ok?

Sudah 2 hari ayah pergi kerja. Mummy tinggal berdua dengan Nur Sufi. Nur Sufi lasak sgt. Mummy pulak rasa risau. 

Ayah lupa nak pesan kat Nur Sufi. Jadinya mummy yang kena hadap Nur Sufi yang nakal ni sorang2.

Sebenarnya Nur Sufi rindu ayah kan? Mummy paham. Mummy rindu ayah jugak.

Setiap malam, ayah yang layan Nur Sufi, yang tenang kan Nur Sufi setiap kali Nur Sufi kick mummy.

Cakap mummy mmg tak laku kan? Tak per. Nanti Nur Sufi lahir, kalau nakal, mummy jentik2! Mummy geram dah lama ni..hahahhaha..

Syg, bb rindu sgt. Dah 2 hari tapi air mata tak kering ag. Jaga diri tw. Semoga Allah lindungi awak selalu kat sana. 

Anything happen, tolong jgn buat bb risau, bb syg abg selalu!

Sunday 17 September 2017

Tunggu hari

Hari ini, sudah 34 minggu..

Mummy betul-betul tak sabar nak tunggu Nur Sufi keluar. Tak sabar nak peluk cium Nur Sufi.

Mummy dah malas nak fikir apa masa depan diaorg kat tangan mak dia. Mummy malas nak fikir rasa bersalah mummy kat ayah. 

Hari ni, mummy cuma nak fikir pasal Nur Sufi jer. Nur Sufi SAHAJA! 

Mummy harap sgt mummy akan ada kesempatan untuk lahirkan, besarkan dan didik Nur Sufi sebaiknya..

Apapun terjadi, Nur Sufi kena jadi anak mummy yg paling mummy dan ayah sayang. Paling mummy dan ayah banggakan.
Jadi hamba Allah yang taat. Jadi pelajar yang berdaya saing dan mampu bawa diri. Jadi insan yang berjaya di akhirat nanti. Jadi anak yang akan paling membahagiakan mummy dan ayah.

Mummy tak sabar, syg!
Sungguh! Lebih kurang sebulan lagi mummy akan dpt peluk cium awak.

Lahir dengan sihat ok? Mummy tunggu awak!

Tuesday 4 April 2017

Cara mana pilihan anda?

Cara didikan ibu bapa terbahagi kepada 3. Secara mudahny kita sebut sebagai autokratik, laisser faire dan demokratik.

Saya menonton rancangan Heart to Heart di Tv2 sebentar td. Mereka membincangkan cara didikan ibu bapa ini. Hasil perbincangan, mereka sepakat memlih cara demokratik sebagai cara terbaik dalam mendidik anak-anak.

AUTOKRATIK
Cara ini akan menghasilkan anak yang penakut dan tidak pandai membuat keputusan kerana terlalu bergantung kepada keputusan ibu bapa.
Anak-anak dipaksa mengikut segala arahan yang diberikan. Tanpa mengambil kira kemahuan dan kegemaran anak-anak. Ibu bapa akan menentukan hala tuju anak-anak, samada dalam pembelajaran mahupun sukan, hobi dan kegiatan masa lapang.

LAISSER FAIRE
Di sini, cara ini dikira sebagai melepaskan anak-anak membuat pilihan sendiri tanpa mengambil kira baik buruk pilihan tersebut. Anak ini akan membesar tanpa menghiraukan pendapat orang lain juga tidak akan mengambil kira perasaan orang sekelilingnya.
Anak akan membesar dengan menyalahkan ibu bapa kerana tidak mendisiplinkan mereka ketika kecil. Mereka akan mula melawan ibu bapa kerana berfikir ibu bapa mahu mengongkong keputusan yang mereka lakukan. Sedangkan semuanya telah terlambat.
Ibu bapa jenis ini akan merasa anak-anak tidak menyayangi mereka. Sedangkan kesalahan bermula dari pendidikan awal di rumah.

DEMOKRATIK
Cara menjadi pilihan ramai pasangan ibu bapa. Cara terbaik ini dikatakan mempunyai situasi menang-menang antara anak dan ibu bapa.
Anak diberi pilihan membuat keputusan dan ibu bapa sebagai pembimbing menentukan arah keputusan itu. Ibu bapa mengikut rentak anak kerana mahu anak belajar membuat keputusan sendiri.
Anak akan bersikap terbuka menyatakan apa yang mereka sukai serta mereka gemari dan tidak melupakan perkara yang mereka tidak suka. Ibu bapa juga akan dengan mudahnya berkongsi perkara yang mereka mahukan dan tidak mahu daripada anak-anak.

Ok, di atas ini apa yang mereka putuskan. Manakala di bawah ini adalah pendapat saya sebagai ibu bapa. Pendapat ini tidak semestinya betul dan mesti diikuti.

Seorang lelaki berumur 7 tahun dan seorang lagi perempuan berumur 4 tahun. Diusia ini mereka adalah sgt tidak relevan untuk mempamerkan sikap manja berlebihan kerana saya  menguruskan rumah tangga sendirian kerana bapa mereka sering berkerja diluar kawasan dan pulang ke rumah 2 atau 3 bulan kemudian.

Perkara pertama adalah menjadualkan semua rutin yang mereka lakukan. Bangun awal pagi hendaklah mandi dan siapkan diri sendiri. Mereka diajar mandi sendiri, mengemas katil sendiri, melipat baju sendiri,  makan tanpa disuap, basuh pinggan sendiri, kemas mainan sendiri, sehingga diakhir waktu hari, mereka akan naik katil sendiri.

Di usia ini, mereka diajar untuk tidur berasingan di bilik sendiri, tanpa ditemani saya mahupun bapa mereka. Makan dalam suasana berkeluarga, membaca doa dan mesti menghabiskan makanan yang disediakan.

Saya seringkali bertanya mereka apa menu yang mereka mahu saya masakkan. Memandangkan si abang tidak menggemari makan yang diletakkan sayur, jadi dia akan memilih kuey teow goreng atau nasi lemak kerana keberadaan sayur di dalam makanan tersebut adalah sangat minima.
Sedangkan si adik menggemari makanan yang manis, jadi dia sering tidak membuat pilihan tetapi menunjukkan protes dengan mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskan satu-satu hidangan yang saya sediakan.

Jadi untuk membuat mereka makan makanan yang bertentangan dengan kegemaran mereka, yang pada saya adalah makanan yang tidak sihat, saya mengenakan beberapa syarat di meja makan.
1. Kerusi mereka membelakangkan televisyen. Jadi mereka tidak akan menonton sambil makan. Menonton ketika makan menjadikan mereka lebih lambat untuk meghabiskannya.
2. Segala makanan di dalam pinggan hendaklah dihabiskan sebelum mereka bangun daripada kerusi. Atau tiada makanan untuk hidangan seterusnya.

Setakat ini, peraturan saya menjadi. Si abang akan makan hidangan sayur-sayuran yang saya letakkan di dalam pinggannya. Manakala si adik berusaha menghabiskan makanan secepat mungkin bagi membolehkan dia menikmati hidangan minum petang mahupun makan sebelum tidur.

Si adik amat tidak menggemari situasi di mana dia tidak diberi susu sebelum tidur. Saya umpankan susu sebagai menu paling akhir yang mesti dia nikmati setiap hari. Jika mahu susu, mesti menghabiskan nasi pada makan malam. Minuman petang saya akan seimbangkan dengan buah-buahan atau sekali sekala makanan manis seperti kuih muih tradisional yang sememangnya manis. Jadinya, untuk memiliki minum petang, mesti menghabiskan nasi tengahari.

Anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen selepas jam 7 malam. Sedangkan segala gadget adalah diharamkan untuk mereka sentuh. Di rumah disediakan mainan berasaskan binaan yang saya kira mampu membantu anak-anak meningkatkan skil kemahiran berfikir. Selepas bermain mereka akan mengemas sendiri permainan mereka atau larangan menyentuh mainan akan berkuatkuasa.

Jam 8:30 malam, mereka wajib berada di atas katil. Setelah terbiasa dengan jadual, mereka sering tetlihat menyusahkan untuk di bawa keluar selepas maghrib kerana mereka terbiasa tidur awal. Jadi, saya sebagai ibu akan menukar semua aktiviti luar dengan had limit sehingga jam 7 malam sahaja jika ianya melibatkan mereka. Jika saya terpaksa keluar malam, mereka akan saya tinggalkan setelah mereka tidur.

Ini sebahagian yang saya buat di rumah. Adakah saya menggunakan autokratik? Dan adakah ianya akan membuahkan hasil yang buruk? Mari kita fikir. Adakah cara demokratik itu berjaya? Sedangkan ramai ibu bapa gagal dengan cara ini kerana terlebih menyayangi dan mengikut kehendak anak-anak. Anak- anak semakin membesar dan mula bergaul dengan rakan sebaya yang membawa pelbagai pemikiran yang berlainan.

Kita tidak mampu untuk menentukan siapa anak-anak kita akan berkawan. Jika kita tidak mulakan dari rumah, adakah anak-anak kita mampu mengharungi hidup di luar rumah?

Wednesday 22 March 2017

Berdarah O

Orang-orang dengan golongan darah O adalah orang yang istimewa, kerana mereka boleh mendonorkan darahnya kepada semua golongan darah lain, namun orang-orang dengan golongan darah O cuma boleh menerima darah dari sesama golongannya.

Orang Darah O Wajib Baca! Inilah Titik Kelemahan Orang Berdarah O Kena Ambil Tahu..Kongsikan..

Orang-orang bergolongan darah O, senantiasa kelihatan menonjol diantara yang lain. Mereka mempunyai jiwa kepemimpinan, proaktif, bertenaga serta mempunyai kemampuan untuk selalu terus fokus. Mereka juga cenderung sangatlah kuat serta produktif.

Di Jepun, orang-orang bergolongan darah O senantiasa dikaitkan dengan jenis ciri-ciri tertentu. Waktu lakukan temuduga kerja, penemuduga sering menanyakan apa golongan darah mereka.

Orang-orang dengan kumpulan darah O digambarkan sebagai orang yang bertanggung jawab, komited, terancang, fokus, teliti serta praktikal. Mereka juga diakui lebih pintar serta lebih baik dari pakar logik. Hal semacam ini kerana nenek moyang mereka iaitu seorang pemburu, yang sentiasa tepat dalam menganggarkan serta mengamati persekitaran sekitar untuk dapat bertahan hidup.


Lalu, apakah orang-orang yang mempunyai golongan darah O mempunyai kelemahan? Ya, sudah pasti ada, kerana tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Orang bergolongan darah O lebih terdedah pada penyakit tertentu, seperti ulu hati, disfungsi tiroid, rendahnya tahap hormon tiroid serta kekurangan iodin. Disfungsi tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kelebihan berat badan serta pengekalan air.

Ketika sedang stres mereka boleh sangatlah marah, jadi hiperaktif serta impulsif. Pola makan yang buruk, kurang olahraga, lakukan kebiasaan tak sihat serta kecenderungan untuk stres bikin mereka rawan semulajadi sistem metabolik yang berbahaya, seperti rintangan insulin, melambatkan kesibukan kelenjar tiroid serta obesiti.

Mereka juga mempunyai tahap lebih tinggi asid gastrik di banding golongan darah yang lain, mempunyai keadaan perut yang sensitif serta terdedah menderita ulser. Orang-orang dengan kumpulan darah O, mesti elakkan cafein serta alkohol. Cafein sangatlah berbahaya untuk mereka kerana boleh meningkatkan adrenalin, yang memanglah telah tinggi pada orang-orang bergolongan darah itu. Orang-orang bergolongan darah O disyorkan untuk melakukan aktiviti fizikal, sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.

Sumber: Cuisine and Health

Wednesday 15 March 2017

New posting; first in 2017

Dah lama tak posting new story. Hari ni rasa teringin pulak. Yer lah selepas dikejutkan oleh seorang sahabat yang sibuk cari satu story yang dia pernah suh aq tulis untuk dia dahulu.

Tapi aq dah lama kehabisan idea. Ya, habis idea. Aq tak der cerita nak kongsi. Sbb aq rasa hidup aq hari ni bosan gila. Tak boleh nak handle dah. Entahlah.

Penat rasanya nak hidup dengan org yang kita tak suka. Yang kita kena hadap 24jam. Hang dipaksa2 untuk aq syg. Makin lama jadi makin benci. Sungguh!

Realiti hidup tak macam mimpi. Aq nak hidup aq yang dulu. Hanya aq dan dia, tidak dikongkong dengan tanggungjawab org lain yang aq kena pertanggungjawabkan.

Tak paham. Sungguh! Diaorg ada mak ayah. Ayah kerja jauh. Mak pulak sibuk layan pucuk muda. Kau rasa? Betul ke tu tanggungjawab aq? Hanya kerana aq nikah ngan ayah diaorg then aq kena ambil alih semua tanggungjawab tu 100%. Macam tu?

Tak adil tw!

Sunday 23 October 2016

Biskut cornflakes pearl

Belek fb, then terjumpa satu resepi biskut yang mudah..bahan sikit, senang dapat..caranya pon mudah..

Cuba punya cuba..

Taaraaaaa...dah jd..heheheheh..
Yang penting makhluk kecik ni nak makan..
Habis pon tak per..nanti mummy buat ag..


Bahan :
150gm tepung gandum
150gm mentega suhu bilik
75 gm gula kastor
60gm emping jagung
25gm kepingan badam cincang (saya juga walnut..tu jer yang ada dlm laci..hehehe)
1 sudu teh esen vanila

Cara: 
1. Satukan tepung gandum, mentega dan gula kastor dalam bekas adun..

2. Setelah sebati, masukkan emping jagung dan kepingan badam atau walnut tu kan..

3. Masukkan esen vanila dan gaul sebati..

4. Sediakan dulang pembakar. Saya alaskan dengan kertas baking. Panaskan oven 125•c..

5. Sudukan adunan ke dulang pembakar. Bakar selama 20 ke 25 minit..

Biskutnya agak nice lah..tak terlalu rangup, tak terlalu manis. Mmg just nice..

Ayah mmg confirm jeles, sbb tak dpt kan? Hehehehhe..nanti mummy buat kan ag k syg?

Wednesday 27 July 2016

Di mana rasa percaya?

Dia masih pertikai aq online malam td..padahal aq sungguh tak tw apa2..

Sungguh aq tido..tp sampai sekarang dia masih pertikaikan..

Dah tak per lah kalau dah tak percaya..

Dia tak tw agaknya yang aq tgah stress ni..semua menda tak jadi..semua menda aq nak tapi tak boleh nak buat..

Dengan anak2 dia yang nakal aq kena hadap setiap hari..

Aq pendam jer semua..tak mampu nak luah..

Tak per lah kalau dah tak percaya..ok!