Pelangi Hijau

..someone who is passionate in food and travel..
..pelangiHijau dan MyJeonghyang..
..25 july 2015..

Saturday 31 October 2015

Gap-Ulu Semangkuk 31 Oktober 2015


Gunung Gap - Ulu Semangkuk
Tarikh : 31 Oktober 2015
Kekuatan : 20 orang

Mula : 
8:25 pagi - 9:15 pagi (permulaan hingga puncak Gap)
9:30 pagi - 10:55 pagi (puncak Gap hingga puncak Ulu Semangkuk) 

Turun : 
12:05 tengahari - 13:05 petang (puncak Ulu Semangkuk hingga puncak Gap)
13:30 petang - 14:00 (puncak Gap hingga permulaan)

Rekod kumpulan: 
Naik - 8:25 pagi
Turun - 14:15 petang

Malas nak buat report panjang-panjang..hahhaha..

Tak der idea nak tulis manis-manis..

Kuasa telah dinyahaktifkan..hehehe..sbb esok nak naik Bukit Gasing..

Jadinya, rehat dulu..esok sambung cerita Gap-ulu semangkuk kat entri lain..

Sunday 25 October 2015

What in my head


Hari-hari pon datang berita pasal itu..lagi-lagi itu lagi-lagi itu..
Aq jelak sebenarnya..tapi sekaligus lega..

Ada yang masih perhatian dgn aq..kalau benar dia rindu, kenapa?

Mak, maaf kan awa..awa pon rindu sebenarnya..
Awa tak kuat nak hadap semua ni..tp awa harap mak tak terasa kehilangan awa..
Awa tak pernah rasa kecik hati macam ni sekali..tp bila mak tak back up awa..awa rasa awa loser..
Awa tak kuat sgt..

Kalau lah mak tak judge awa macam ni..mesti awa tak rasa bersalah macam ni sekali..
Awa lari sekejap jer..nanti awa balik..

Tidur dengan dia yang kau syg


Kenapa aq tak dapat tidur lena bila tidur berdua? Selalu jer tidur lewat, terbangun awal, stress, kenapa?
Padahal aq tidur bersama dia yang aq sayang..huhu..

Tipu betul lah statement ni..hehehhe..
Tapi aq suka..harap suatu hari nanti, dia adalah lelaki yang akan memeluk aq sepanjang malam..

Entah ini jodohnya atau tak..aq tak tw tp aq berharap..

Saturday 24 October 2015

I'm independent woman


Yup! I'm also like this..
Independent woman but i still need my man to lead me..
Trust me, every woman also want this..
Accept the person who full with ego!

My only marriage


Jangan tanya kenapa aq terlalu memilih..aq benar2 risau akan punya lelaki yang tidak mahukan aq..

Walaupun kadang kala aq bertindak diluar jangkaan..tetapi aq sebenarnya waras..dan suka kan sesuatu yang tidak org lain ingin buat..

Sedangkan hidup aq hari ini ditakdirkan untuk hidup diluar kemahuan dan keinginan..aq masih tetap mahu yang terbaik!

InsyaAllah..ada hikmah disebalik semua yang berlaku!

Gunung Nuang

Gunung Nuang via Janda Baik..
24oktober15


Dari malam bawak ke pagi hati takut-takut nak naik..banyak sgt cerita seram sampai tak nak naik kalau boleh..hehe..pacak lah jauh lah..kuat kena kuat jugak!

Pagi-pagi dah sesat pergi Bentong..hehehhe..jalan-jalan hingga ke hot spring..melihat-lihat tanah mana tw teringin nak buat banglo ke..hehe.. Dah, jangan merepek lah yue! 

Rekod peribadi..
Naik jam 8:29 pagi tiba di puncak jam 1:09 petang..4jam 40minit..
Turun jam 1:32 petang tiba di kereta jam 4:30 petang..kurang 2 minit 3 jam.. 

Kaki jangan cerita..menggigil nak berdiri..heheheh.. 

Naik dan turun punya cerita tersendiri..dan ini track yang hilangkan manja..bergantung kepada mental..sakit jiwa bila tw rekod yang lain-lain 2jam 45minit..adehhh!! 


Tak per..sekurang-kurangnya kau berjaya cabar mental dan fizikal kau sendiri, yue!
Sampai puncak, sampai juga ke bawah.. Satu jer aq pegang td..mendaki naik itu pilihan..tetapi turun ke permulaan itu mandatori!

Terima kasih untuk kumpulan kecil saya hari ini..yang berjaya buat saya cabar diri saya sendiri..

Love this day


Really love this day!!

Kaki sakit, mental koyak, puncak, mana puncak?

Nuang weyyy!!

Ok aq tak sangka aq boleh naik Nuang!

Like you would


Its ok to be like this..just for a second..
But then? Sorry, i need the attention!

Tentang lelaki ku


Dia lelaki ku..tetapi dia tidak bekerja untuk aq..

Thursday 22 October 2015

Tenang dan bahagia


Aq cuma nakkan hari2 aq tenang..
Tanpa ada yang ganggu..
Tanpa ada yang cari..

Tanpa sempat pikir masalah dunia..
Tanpa sempat pikir masalah org lain..

Nak hidup di kalangan org yang tak sibuk jaga tepi kain aq..

Aq cuma nak tenang..
Tenang dan bahagia..

Bila bg hutang..nasib kau lah


Aq tak tw nak pos kat mana..makanya aq pos kat sini jer lah..hahahhaha..

Sedih..
Sebab hakikatnya mmg betul..

'Takkan lah rm30 pon nak berkira ke?'

Kau tak tw..
Hakikatnya rm30 tu makan aq tuk 2 minggu..

Kau? Rm30 untuk beli lotion tangan jer..
Sedih tw?

Tu yang rm30..ag 3rat tu mana wey?
Kata boyfriend kau mampu beli satu semester..

Hahhahah..sat g kalau dia terbaca ni..
Mau putus kasih aq ngan dia..

Kelakar weyyy!!!

Aq bukan penakluk mimpi

Mimpi..
Aku bukan penjejak mimpi..
Bukan juga penafsir mimpi..
Apatah lagi penakluk mimpi..

Tetapi mimpi.. 
Sering buat aq terfikir lama..
Apakah ia benar apakah ia tidak..

Sering saja mimpi itu benar..
Sering saja mimpi itu suatu petanda..

Kenapa?
Kenapa kali ini datang suatu yang buruk buat aq?
Tetapi indah buat mereka..

Aq, tak sekuat kata-kataku..
Tak sekuat keinginanku..

Mimpi..
Aq bukan penyampai cerita..
Bukan jua penglipur lara..
Tapi kenapa aq jua kau pilih untuk sampaikan nya?

Mimpi..
Fahami aq..
Aq tak sekuat yang kau sangka..

Aq juga mahu hidup


Ini benar-benar yang aq mahu..

Aq penat melayan lelaki yang mengalah ketika aq menarik kata putus..

Aq tak mahu lelaki yang tidak pandai menghadam apa itu hidup..

Aq lelah mengharung hidup ketika kau tak pernah fikir apa2..

Kenapa?
Apa yang kau takutkan?

Tak paham!!
Aq keletihan aq kesarukan..

Beri aq ruang..
Beri aq ruang..

Aq juga mahu hidup!

I hate myself


Mudah kan?
Tapi susah sebenarnya..

Ketika kau mengalah kepada keadaan..
Kau dikata ego..hipokrit..

Ketika kau melepas dia kepada yang lebih berhak..
Kau dikata tidak pandai jaga hubungan..

Ketika kau menyampaikan berita..
Kau dikata lidah berbicara..mainan semata..

Ketika kau menghargai dia selanyaknya..
Kau dikata perampas..pemusnah rumahtangganya..

Ketika kau berkata jujur sedangkan tiada yang percaya..
Kau dikata penipu..lidah bercabang..

Ketika kau berusaha menjaga hatinya..
Kau dikata anak betina..jalang..tak sedar diuntung..

Ketika kau melarikan diri..jauh..
Kau dikata pengecut..tak berani berdepan..

Ketika kau pulang menyerah tengkuk..
Kau dikata nista..dicacimaki..

Sebenarnya..
Apa tindakan yang wajar?
Aq penat!

Nobody else matters


Ketika kau dengan aq..
Berdua di peraduan aq..
Tolong..
Campak ke tepi semua memori kau dan dia..

Aq mohon..
Tinggal sebentar cerita kau dan dia..

Beri aq waktu..
Untuk benar-benar merasa kau hanya bersama aq..

Still wants you


Aq pernah punya lelaki seperti ini dulu..
Sayangnya..
Dia tak memilih aq untuk dia..

Walaupun sehingga hari terakhir aq jumpa dia..
Dia masih kata aq lah perempuan yang paling dia sayang..

Padahal semua lelaki pon cakap perkara yang sama..
Aq muak!!

Aq tak mahu banyak..
Tak perlu ada rupa..tak perlu kaya raya..

Hanya perlu pandai..
Pandai handle aq..diri aq..

Sungguh aq bukan seorang yang tahu apa kehendak org lain..
Cukup kau tahu bagaimana untuk buat aq rasa mengalah dan sabar..
Cukup!

Dan aq takkan pernah lupakan kau hingga akhirnya aq..

All i want to do today


Ya, terkadang aq hanya ingin berada di pembaringan..
Sambil dipeluk dia..
Sepanjang malam..
Tenang kan hati yang galau ini..
Tanpa sepatah kata pon..

Sungguh..
Hanya itu yang aq mahu sekarang ni..

Wednesday 21 October 2015

Pergi

Lirik Lagu Pergi - Couple

Pergi
Jangan kembali
Sampai sini saja
Kita berdua

Aku tak mampu lagi
Jadi sang penyeksa
Yang juga diseksa

Sampai nanti bertemu lagi
Tak usah diingat kembali
Menambahkan derita hati

Aq pulangkan semuanya

Hilang semuanya bukan bererti aq kalah..biar tak bermakna lagi hidup ini..

Tiada peneman bukan bererti aq keseorangan..biar sunyi tetap damai di hati..

Aq pulangkan semua milikmu..biar pun kau tak pandai menghargainya..

Aq sasarkan kehidupan tiada penghujung..biar pulang aq kepadaNya..

Tiada apa yang ingin aq simpan..ambil lah kembali kehidupanmu..ambil lah semula..

Tiada jua kau pulangkan kepada aq..kerana malu aq larikan diri..jauh biar berkelana..

Ketika tegak aq berdiri..tercapai kah kau kata maaf yang tiada..

Tuesday 20 October 2015

Baju yang cantik


Cantik kan? 
Sayang, kau bukan milik aq..

Aq sebenarnya terfikir untuk beredar dari dunia hiking ni..
Aq hanya berpura-pura ke atas sana..
Sedangkan di bawah sini aq penuh masalah lainnya..

Aq mulai membenci diri sendiri..
Tiada tujuan..tiada hala tuju..

Baju yang cantik, kita mungkin tidak berjodohan..
Tapi sungguh, kau cantik!

Bukit tabur east


Bukit Tabur East..
Wah, menangis pacak sejam!!

4 5 minggu tak mencecah kaki ke lumpur..
Ini mmg sgt menakjubkan!

Muka bahagia dapat gunung..hehehe

Makcik tengok teater


Cerita org pergi teater..hahaha..
Apa kau buat kat sana, hah budak?

Entah lah..
Aq pon tak paham macam mana aq boleh terjebak tengok teater ni..
Nasib kau lah makcik!!!

Ini diri aq


Aq tak pandai nak ubah diri ni menjadi orang yang berlemah lembut..dari awal sudah aq ingatkan, aq bukan perempuan pilihan yang kau akan bertahan..

Ketika kau berdegil, aq terfikir kau mungkin pilihan terbaik..tetapi sayang..aq tetap bukan perempuan yang menjadi pilihan..

Aq tak pandai mengurus kemahuan kau..malah aq juga tak pandai mengurus hati kau..

Pergi lah..

Aq bukan pilihan yang terbaik..

Adik beradik

Saturday 17 October 2015

Dapur sendiri lah


Huhu..
Masak kat umah sendiri ag selesa kot..bahan2 semuanya kita yang susun..kita boleh geledah sesuka hati kita..

Jangan kata nak masak jemput2..masak beriyani pon tiba2 boleh pandai..hahahhaha..

Dapur sendiri kan?

Siput sedut huhu

Ari ni aq bantai tido dari tgahari sampai petang..sedar tak sedar bangun td sebab ada mesej masuk..huhu..

Dah lah baru lepas mimpi g makan ngan awie!!!

Kedai makan kat sebelah jambatan pulau pinang..heheheh..butterworth lah kot..

Pastu paling jaki..kedai tu..bukan kedai, warung jer kot..tak bg makan kat situ sbb nak tutup dah..

Aq nak makan soto..tp awie suh aq makan siput sedut masak lemak..amboiii!!!

Lama nak tunggu org tu hantar makan..rupanya kena bungkus..ok ok..

Huhu..sebab lama sgt kan..aq bangun lah g kat keta nak g amik teh..sebab kat situ air tak jual..

Ada tong air panas pulak kena beratur..tp teh bawak sendiri..

Tengah2 beratur, tengok awie berbondong2 dengan plastik kat tangan bawa lauk td..bengong, dia tunggu jauh pulak tu..

Aq pon cepat2 nak g kat dia..tak sempat sampai ag..dengar bunyi beep mesej masuk..

Bongok!!! Mmg ada jodoh ke apa ni?

Thursday 15 October 2015

Kl tour lah sgt

14oktober2015
Salam maal hijrah!!!


Kak hanni ngan su datang kl..dengan tujuan masing2..
Sudahnya aq angkut g berjalan meredah hutan batu kuala lumpur..


Dengan mrToby pon tiba2 jadi mangsa kena ikut jugak..hahahha..nasib kau lah kawan..






Jalan2 ke sunway putra mall..bukan buat apa pon..pergi sports direct jer..heheheh..


Sebelum tu g makan kat ayam penyet..menggayakan perut budak2 ni nak makan nasi katanya..


Kat sports direct jer ntah baper jam..membelek macam2..macam apa ntah perangai masing2..





Dah puas shopping semua..keluar ke kampung bahru..makan2..wee~~









Masing2 balik mmg muka kenyang..perut penuh!!




Berpisah di klsentral, su menuju ke putrajaya..kak hanni amik bas dari shah alam menuju ke johor bahru jam 12.00 malam..


Harap korang tak serik lah ikut aq redah kesesakkan kuala lumpur ni..hehehehe..thanx korang..
U made my day!!

Monday 12 October 2015

Pulau tioman..ana, jom pergi!!


Sibuk sangat sekarang ni..
Rasa macam org dah tak syg pon ya jugak ni..huhu..
Tak per..

Dok umah sorang2..belek2 majalah..terjumpa pulak yang ni..
Kau rasa kan..kalau dpt gi sini ok tak?
Huhu..


Lepak tepi pantai..mandi laut..
Sampai tak reti nak balik..best tak?
Rasa nak lari jer ni..adoiyaiii..

Ntah lah..
Sebenarnya aq perlukan kawan..
Aq bosan sorang2 macam ni..
Seriously aq perlu sorang yang kalau aq bercakap dia akan respond aq..

Tp aq tak der kawan macam tu ag..
Tiba2 jer teringat kat someone yang suka cari pasal ngan aq..
Dia ingat aq tak?