Pelangi Hijau

..someone who is passionate in food and travel..
..pelangiHijau dan MyJeonghyang..
..25 july 2015..

Friday 24 July 2015

Butter creamy prawn

Semalam jalan-jalan ke kipmart, hajat hati nak beli tudung..tapi ntah tudung apa yang dibeli pun tak pasti..

Dah penat memilih, capai jer mana2..macam haram!! Tudung muka bulat!!
Tak sukaa!!

Dah tu, sempat gak lah singgah pasar basah..cari udang..
Jadinya hari ni, makcik masak lah lauk untuk makan tengahari..


BUTTER CREAMY PRAWN 
bahan2
~udang ; digoreng kosong bg garing
~butter ; 2sudu
~susu pekat manis ; 1sudu besar
~bawang putih ; dicincang
~daun kari ; 1tangkai
~tomato ; potong 4
~cili api merah ; hiris
~lada benggala ; hiris ikut suka
~daun bawang ; hiris ikut suka 

Cara2
~panaskan butter hingga cair
~tumis bawang putih, daun kari, dan cili api
~setelah garing, masukkan tomato dan lada benggala
~masukkan susu pekat manis, sedikit air dan didihkan
~masukkan udang gaul sebati
~biarkan sedikit kering dan dihidang bersama daun bawang

Ini gambar semasa bulan puasa baru2 ni..makcik guna udang harimau..

Selain itu, boleh juga guna ayam dan sotong tetapi ayam dan sotong digoreng tepung terlebih dahulu..

Guna isi ayam..rasanya manis dan berkrim..

Dimakan dengan nasi panas..owh bahagia..
Makan macam tu jer pon macam tak cukup..huhu




No comments:

Post a Comment